Selamat Tahun Baru 2023!


Assalamualaikum W.B.T

Selamat datang tahun 2023 dan selamat tinggal tahun 2022 yang penuh dengan warna-warni kehidupan!

Ya,tahun 2022 banyak sungguh lakaran indah dan pahit di canvas kehidupan seorang insan yang bernama Rusni Abdullah. Cuma sehingga akhir 31 Disember 2022, kata-kata semangat yang selalu berlegar di fikiran ini ialah : KITA KENA SABAR...KITA KENA SABAR!
Tarik nafas dan hembus dengan perlahan-lahan supaya ketenangan itu datang kepada kita...

Ya! Tenang is good! Orang katalah.Tapi betul sebenarnya.Kalau stress-stress,penyakit pun datang seiring usia yang semakin menua...huhuhu...
Jadi kita buat setakat yang mampu.Abaikan langau-langau yang datang mengganggu.Kalau awak sakit,diri sendiri juga yang susah,kan? Jadi cintailah diri sendiri sebaik mungkin.

Ya! Sebut bab cinta,luas skopnya.Bila usia semakin bertambah ni, lagilah kena lebih dekat dengan cinta sejati yang memiliki kuasa mutlak terhadap kita selaku makhluk ciptaanNya. Cinta manusia takkan kekal abadi,kan!

Selamat datang tahun 2023 kita sambut dengan azam nak buat lebih banyak perkongsian bermanfaat melalui blog.InsyaAllah Channel Youtube pun kita akan hembus-hembus habuk dia jugak...hihi...Doakan Rusni sentiasa bersemangat ye!

Alhamdulillah dengan dorongan Youtuber Manager iaitu Cg Suffi di Akademi Youtuber,kami mengorak langkah seterusnya untuk memiliki domain .com sendiri. Alhamdulillah ustazahrusni.com muncul hasil rebranding semula ustazahrusni.blogspot.com...
Dulu sebelum ada Facebook,bloglah tempat meluah perasaan...hihi...
14 tahun yang lepas usia blog ni sebenarnya.

Semoga pada tahun 2023, saya akan lebih sihat berbanding tahun 2022 supaya saya dapat menyumbang karya/perkongsian ilmu kepada sahabat-sahabat semua.

Ya!Tahun ni banyak tak sihat.Selepas positif Covid19 pada April 2022, tahap kesihatan tidak berapa menentu.Mudah letih,batuk dan rasa tak puas bernafas...ke macam ni penghidap asma?Time sejuk,salah makan pulut atau benda berminyak, terus batuk-batuk.Dengan ais bergaduh terus!Tak boleh bawa bincang dia ni.Sebelum ni saya tak ada penyakit asma/semput.

Apapun terima kasih kerana sudi baca coretan pertama saya di tahun baru ini.Saya doakan sahabat-sahabat semua diberi kesihatan yang baik dan ditunaikan segala impian.Oh ya mungkin ada impian kita yang tersama iaitu NAK KURUS & NAK PERGI MEKAH.❤️

Post a Comment

3 Comments