ANUGERAH DIGITAL UTILISATION TECHNOLOGY AWARDS PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2025

Hari Khamis 5 Februari 2026 saya menjadi guru pengiring kepada 2 pasukan murid SESMA untuk mengambil anugerah. Murid-murid ini mendapat tempat kedua dan tempat ketiga dalam pertandingan SWIFT APP DEVELOPMENT USING IPAD pada tahun lepas. 
Terima kasih kepada teacher Nana (Azlina Zin) yang bimbing anak² ini. Sejujurnya semasa pertandingan ini berlangsung, saya banyak cuti menjaga ayah yang keluar masuk wad. Al-Fatihah buat arwah ayah.Bulan 7 2025 tu jugalah ayah meninggal dunia. Begitulah kami di SESMA, akan ada yang backup sekiranya team yang lain ada kesulitan.
Pasukan yang mendapat tempat kedua berjaya mara ke peringkat kebangsaan. Iaitu pasukan yang didaftarkan bawah nama saya. Masa itulah saya ambil alih uruskan dengan mentor untuk meeting online sebagai persediaan pertandingan antara top 10. Cuma kali ini masih tiada rezeki untuk mendapat tempat 1-3. Tengok kepada keputusan,Top 3 ada semua pasukan perempuan. 


Tempat Kedua yang dimenangi oleh Rayyan Haqimi,Arsyad dan Hadeef. Mereka inilah yang berjaya ke peringkat kebangsaan.

Tempat Ketiga yang dimenangi oleh Hasna Mariah, Wan Insyirah Damia dan Nur Zulaikha.

Anugerah ini disampaikan oleh Pengarah JPN Terengganu yang merupakan mantan pengetua SESMA, En.Kamsah@Kamal Bin Mohammed. Sempat lagi berkirim salam kepada warga SESMA tanda SESMA sentiasa di hati.

Jumpa juga pengetua SMK Tengku Bariah,Kuala Terengganu yang dahulu buat perantisan pengetua di SESMA iaitu Puan Juliza. Teruja dia bila tengok anak-anak SESMA. 

Dalam majlis ini tercari-cari juga sahabat-sahabat geng IT Terengganu. Namun ramai muka baru. Jumpa Ustazah Amirah Wahidah yang mendapat anugerah Guru Digital (GPGD). 

Sebelum tu ada jumpa adik Husna Fathinah yang kini dah naik pangkat dari sekolah ke SSTP Marang.Sayangnya gambar dalam phone dia lah pulak. Sama juga dengan cg Iffah dan Cikgu Ain (Ikon Delima) gambar dalam phone diorang lupa nak minta.


Bersama dengan Teacher Farhana dari SMK Sultan Sulaiman. Lama betul tak jumpa.

Bersama dengan Ustazah Salwani dari SK Sultan Sulaiman 1 yang turut mengiringi murid. 

Sebelum balik, bergambar dulu dengan penerima anugerah dari SESMA. 




Post a Comment

0 Comments