Yes! I'm Malaysia ICT Volunteer

Alhamdulillah segala puji-pujian dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana terpilih untuk menyertai satu lagi Program Kesukarelawan iaitu Program Malaysia ICT Volunteer. 

Sebelum ini, saya menyertai program Kesukarelawan sebagai guru pusat tuisyen online bersama dengan Akademi Youtuber Malaysia (AYU).

Berada dalam dunia adik beradik AYU merupakan moment yang paling indah walaupun secara maya.Akrabnya hubungan seolah-olah dalam satu keluarga menjalankan program siaran langsung tuisyen Pendidikan Islam secara percuma di platform Youtube.

Berbalik kepada Program Kesukarelawan yang baru saya sertai ini,jujurnya saya sangat teruja sebab skop kandungan program ini banyak berkait dengan kerjabuat saya setiap hari. Ya, selaku seorang guru yang berdepan dengan cabaran gajet (iPad) setiap hari, kesedaran siber dan Klik Dengan Bijak memang sangat diperlukan. Hal ini kerana terlampau banyak 'cooobaaan' yang ada dalam internet.
Salah pilih, hancur!
Salah klik, rugi!

   Kenali MCMC

   Program Klik Dengan Bijak

   Ikrar Pengguna Internet

Gambar sekitar Bengkel Malaysia ICT Volunteer pada Hari Isnin 21 Ogos 2023 di Hotel Grand Puteri Kuala Terengganu.




Post a Comment

0 Comments