SINDROM POST COVID + RESDUNG


Pengalaman pertama guna benda ni! Ape nama dia?Alat sedut lelah ?

Kisahnya dah berbulan mengalami BATUK TIBA-TIBA sekiranya berdepan dengan 3 perkara ni :

1-Tempat/persekitaran berhabuk
2-Cuaca sejuk
3-Salah makan makanan berminyak + makanan yang menyebabkan alergi

Kemuncaknya hari ini dah tak tahan sangat dah. Batuk + Sesak dada!
Nak bernafas pun rasa mcm berat.
Tu yang sampai ke klinik selepas sekolah td.

Kata doktor,rupanya ini antara kesan-kesan kena Covid bulan 4 tahun lepas.Dia pergi mechanized dengan resdung pulak.😅 Macam tanda-tanda awal nak kena asma/lelah.Tu yang jadi batuk tak berhenti...muntah2 lendir lepas tu dlm sejam stop...tak batuk dah.Tapi lepas batuk tu xde tenaga macam baru lepas buat keje berat.

Setel semua,teruskan hidup macam biasa mcm takde apa-apa.Lepas tu dia akan dtg balik kalau jumpa 3 perkara di atas.

Diflam dah ambik, madu olive oil habatussauda pun dah...limau kasturi+ kicap pun dah...ubat batuk di klinik + farmasi pun dah makan.

Berbalik kepada kisah di klinik tadi pasal RESDUNG!Padahal rasanya takde gatal-gatal alergi.Cuma bila doktor check kat kwsn hidung bengkak sbb resdung.Padahal memang tak selsema.Kita sebenarnya tak sedar bengkak tu.😅

Jadi tadi doktor pasangkan benda ni ...Neb ke ape err...still xingat istilah dia...lepas tu bagi ubat utk dihabiskan selama 5 hari.


Bila fikir-fikir minggu ni byk kali juga makan lauk + BUDU ! Seafood mmg tak makan langsung minggu ni.
Jadi suami kata kena STOP makan budu dulu! Huk aloh laaa....

Semoga cepat sihat seperti biasa.Bila dalam keadaan macam ni rasa macam tak de mood nak buat apa-apa...huhu

Info berkaitan sindrom Post Covid.Rupanya ramai yang alami

Post a Comment

0 Comments