eBUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SESMA

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-46 SESMA

JK Buku Mesyuarat + admin
(hybrid)

Bertahun2 buat buku Mesyuarat Agung ni.
Kali ni pun sama bersengkang mata sampai pukul 2 pagi sbb buat dlm tempoh 3 hari untuk 63 muka surat...🤭

Macam biasa untuk ibubapa kita beri secara online melalui anyflip dengan background music bertemakan CALM.

Untuk YDP NYDP Pengetua AJK PIBG kita cetak di kedai.Mak ai,feeling dia tu macam dah keluarkan buku sendiri...😁

Zaman dulu2 cetak sendiri guna printer sendiri. Stay di sekolah sampai malam dengan cg Nawiyah Besar nak susun kacip buku ..Yelah buku mana boleh siap awal.baru je nak siap,ada lagi data2 kena betulkan. Orang yg biasa buat buku program sekolah memang dah faham sgtlah.

Pagi tadi selepas kumpulkan Qr Code untuk ePendaftaran,eBrosur dan eBuku Mesyuarat dalam satu poster, pergi ambik buku mesyuarat ni kat kedai dengan Dr. Suhaiza Mat Said . Petang semalam hantar.

Dah setel buku , sambung jd admin Zoom bersama dengan cg Fazlie Biosensei supaya ibubapa yg tak dapat hadir boleh turut sama join mesyuarat ni. 

Tq Siti Nuraizzah Omar tlg checkkan buku sebelum cetak.Berpinar mata mengadap ni.

Buat dalam Power Point je ni. Template ambik kat Slidesgo. Ada juga bhn @ design dari CANVA.

Post a Comment

0 Comments