Cerita PTK

"Saya banyak tembak je jwpn td.Rasa mcm betul semua jawapannya."
SMS dari seorang sahabat bila saya bertanya tentang macam mana exam PTK td.Rasanya jawapan saya pun sama jugak...Banyak tembak n keliru..

Alhamdulillah PTK telah saya lalui pagi td..Berdebar dan sesak juga dada saya melihat soalan...Apa yang dibaca rasanya sedikit sahaja yang sama...Namun saya tetap tawakkal dan berserah kepada Allah..Faizaa 'Azamta Fatawakkal AllalLah. Apapun keputusannya saya redha..

Ingin saya rakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga buat suami yang banyak membantu menjaga anak dan apa sahaja jasanya kepada saya..Melayan kerenah saya yang kelihatan agak stress untuk menduduki peperiksaan ini..Kenapa saya stress?Entahlah..Mungkin sebelum ini saya biasa belajar tanpa gangguan anak-anak ataupun TV.Saya cepat terpengaruh dan cepat jugak hilang tumpuan.Mungkin juga apabila umur semakin tua ini menyebabkan otak saya susah mengingat...Ada juga sesetengah orang berpendapat apabila kita sudah melahirkan anak,memori kita berkurangan.Sejauh mana kata-kata itu benar,saya tidak pasti.

Lunyai buku-buku saya bukan petanda saya terlalu banyak membaca..Tapi 'asisten' kecil yang bertindak merampas buku saya.Penuh dengan contengan.Tidak diberi,bosan dengan tangisan mereka...

Apapun saya berharap agar Allah SWT memberi peluang untuk saya dan rakan-rakan mendapat keputusan cemerlang.Saya sudah berusaha setakat termampu dan terbaik...KepadaNya saya berserah...

Post a Comment

0 Comments