Acer Timeline

Alhamdulillah akhirnya impian saya untuk memiliki sebuah laptop tercapai.Itupun selepas 5 tahun bekerja!Bukan apa,sebelum ni saya banyak menghabiskan wang untuk kegunaan keluarga sementara suami masih menjalani latihan j-qaf yang mendapat elaun sahaja.Namun saya redha dengan keadaan kami.

Memiliki 2 orang anak yang masih kecil memerlukan belanja yang tidak sedikit. Pampers,upah pengasuh,susu dll.Namun saya tidak kisah kerana pelaburan ini ganjaran pahalanya tidak sedikit.

Kenapa Acer Timeline?Mungkin sebab harganya mampu dimiliki saya iaitu RM1930.00.Selalu menjimatkan bateri iaitu tahan selama 8 jam,ia nipis dan ringan.Dengan adanya Window 7,lagi menarik penggunaanya...Selama lebih kurang seminggu menggunakannya,setakat ini saya berpuas hati...

Post a Comment

0 Comments