Membaca

Saya suka membaca...apa-apa sahaja yang menarik untuk dibaca.Novel,majalah,Quran(sudah semestinya),'mukabuku'| Facebook :),blog,dan sebagainya..Dalam kesuntukan masa sebagai pendidik,isteri dan ibu,saya tidak meninggalkan hobi saya sejak kecil-reading story book.Hurm,pernah masa sekolah rendah saya impikan untuk menjadi seorang Sasterawan Negara!

Sukar untuk saya menahan diri dari membeli bahan bacaan sekiranya saya masuk ke mana-mana kedai buku.Di Terengganu ini tidak banyak kedai buku dan tidak ada kedai buku yang begitu popular.Yang ada dan yang biasa saya kunjungi ialah Pustaka Seri Intan dan Pustaka Banggol.Kadang-kadang susah untuk mencari buku yang baru keluar pasaran.

Di rumah ada beberapa buah buku yang masuk 'waiting list' untuk saya baca.Sudah seminggu saya beli namun masih tiada kesempatan untuk saya baca.Saya kini sedang menghabiskan 2 buah novel yang saya pinjam di Perpustakaan SESMA...Kad Perpustakaan Awam Terengganu sudah saya buat semasa Pesta Buku di TTC rasanya sudah sebulan lebih namun masih tidak berkesempatan untuk ke sana.

Saya suka buku..di rumah,di mana-mana sahaja saya membaca.Sambil menghayun buaian anak,sambil melayan mereka(kadanng-kadang kene rampas dek amir)dan sambil menonton tv.Saya mahu wujudkan suasana membaca di rumah.Namun apa yang anak saya buat?Mereka KUNYAH kulit buku dan koyakkan buku!tapi tidak mengapa...sekurang-kurangnya mereka dekat dengan buku.Semoga anak-anak ummi cintakan buku juga suatu masa nanti..

Post a Comment

1 Comments

  1. Syukran kepada suami kerana hadiahkan trilogi Ramlee Awang Mursyid masa besday 19 feb

    ReplyDelete